3.1.09

Keahlian

FASAL 4 KEAHLIAN

4.1 Terbuka kepada penduduk warga Negara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas yang tinggal di Taman Pahlawan, Km 15, Umbai Melaka termasuk yang tinggal secara menyewa.

4.2 Tiap-Tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebabsebabnya.

4. 3 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.

4.4 Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

FASAL 5 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

5.1 Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:
Bayaran masuk RM 5 (RM Lima sahaja)
Yuran tahunan RM 10 (RM Sepuloh sahaja)

5.2 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu sebelum Mesyuarat Agong Tahunan bermula.